Post Title: Go Green! A Little childhood memories!

Assalamualaikum!!
aku just nak cerita sikit,
masa aku dalam perjalanan ke wisma sukan, me and my father berhenti makan kat kedai nasi belauk tepi jalan, kat situ ramai orang2 tua. apa yang seronok, semua orang2 tua kat situ mesra dan tegur-menegur antara satu sama lain. dah lama kot aku tak tengok keadaan cam ginih since aku pindah dkt kwsn perumahan dkt bandar. i guess last time i experience this scene during i'm standard three! ada sorang pakcik tua tuh, suara memang kuat. bercakap dengan orang meja sebelah.. memang lucu but i guess kids nowadays wont do thing like that anymore! menggunakan perkataan yang mencuit hati orang dan dengan gelagat selamba dia.. wow.. rasa cam kembali ke zaman silam. i tell my father about how i feel!
abah aku then cakap, ye betul lah. generasi long dah tak mungkin akan jadi cam ginih. semua orang sibuk. dah takde masa untuk duduk, buang masa, berbual2 antara orang kampung, bermesra-mesra. semua orang sibuk untuk mengejar benda yang belum pasti. semuanya dah terlalu hendakkan wang. Dulu semua orang tak senang, tapi semua orang gembira. sekarang tak gembira walaupun hidup dah semakin senang. jiran sebelah pun tak kenal.....
abah aku cakap, banyak benda time dia kecik2 dulu dah hilang.. dulu kalau ada je orang nak pindah, seluruh kampung akan pergi dan gotong royong angkat rumah dia, i was like WHAT!! angkat rumah dari satu tempat ke satu tempat. but then my father said, that was the cooperation and that real story... abah aku juga cakap, dulu time tanam padi, mana ada mesin-mesin jentera besi.. kata kanlah hari ni pak mat nak tanam padi. so semua orang kampung akan pergi mencangkul, buang rumput or do whatever work that worth.. pak mat tak akan kerja, tapi dia akan jamu orang2 yang buat kerja.. bukan sahaja orang yang buat kerja tuh.. tapi untuk seluruh orang kampung... Bekwoh untuk hari tu.. jadi abah aku cakap.. kat rumah memang tak akan masak nasi.. semua orang kampung akan makan kat bendang.
.OMG, such a wonderful life!
my father then continue the story, abah aku cakap dia dah tak tahu apa akan jadi kat generasi seterusnya, adakah sungai kelantan tu akan kekal untuk anak cucu aku. sungai semakin tohor dan keruh.. dulu abah aku cakap.. sungai semua dalam2. even kat sungai kelantan tuh.. kapal besar boleh masuk pergi sampai ke ladang kerilla..
aku baru sedar yang mungkin dunia sekarang, semuanya senang, semuanya dah berubah sampai orang dah tak sedar apa yang sebenarnya kita hilang. apa yang hilang itu lebih berharga dan bermakna berbanding apa yang kita kecepi... in conjunction of FRSIS 2013, aku dengan rendah hatinya menyeru, hentikan pencemaran alam, buat apa sahaja untuk membersihkan alam ini. Green Man said during FRSIS, every step that you take is count, walaupun korang hanya tanam satu pokok.. itu dah cukup bermakna bagi mother nature..
Please, please, please.. go green
Kita bukannya mewarisi Dunia ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita meminjamnya dari anak cucu kita
adakah kita ingin anak cucu kita sengsara..
jangan fikirkan kesenangan yang akan berlaku dalam masa 5 tahun.
fikirkan apa kesan yang akan berlaku dalam masa 50 tahun!
« Older // Newer »
© 2013, (AlifHafiziApandi). Created by Amar Khatamy. All rights reserved.