home profile Chat with me Peeps MyTwitter MyInsta
Post Title: Bebel:Peraturan!!
Tuesday, 21 May 2013.



Yeah, pagi tadi masa nak iron baju, aku terserempak ngan sorang nih. Aku malas cerita lah apa yang dia buat. Aku takot nanti dia pulak malu sebab masa aku masa je dan tgk kat dia, aku cuba untuk buat-buat tak tahu tapi dia bangun dan terus leave.
Mungkin dia malu dgn apa yang dia sedang buat, kalau awak tgh baca nih, tolonglah, tak perlu terhadap apa yang awak sedang buat pagi tadi sbb semua orang ada hak untuk merasa bahagia kan! Just stick to that. Dia bukan buat benda salah ok!! Macam ni lah, atas dunia ni, kita ada hak untuk merasa bahagia. Mungkin kalau kita tak suka sesuatu terhadap diri kita dan kita cuba untuk mengubahnya itu tidak salah, sesuatu yang akan membuat kita merasa bahagia tidak salah untuk dilakukan asal tidak melanggar hukum agama dan peraturan. Tapi kadang-kadang sesuatu yang membahagiakan kita mungkin melanggar sesuatu peraturan atau ketetapankan! Contohnya aku suka dengar lagu, lagu akan membuatkan aku rasa bahagia, tapi di sekolah, mana boleh bwak mp3 dan sepupu sepapatnya kan. So even aku pon langgar peraturan, dan aku rasa tak apa sebab peraturan sebenarnya dibuat untuk hidup kita aman bahagia dan tenteram tapi apabila peraturan tu menyebabkan aku terseksa so aku buat lah peraturan sendiri!! Kehkehkeh
Tapi ingat, peraturan tuhan jgn sesekali kita langgar ok! Peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta kita sebenarnya ada benda yang tersembunyi di sebaliknya dan kita tiada alasan untuk melanggarnya. Itulah beza peraturan manusia dengan peraturan tuhan. Segala yang tuhan telah tetapkan adalah kerana menjaga keamanan hidup. Peraturan manusia selalu berubah-rubah mengikut keadaan tetapi peraturan tuhan yang diikut oleh manusia sekarang sama sahaja dengan yang diikut oleh manusia zaman dulu. Jadi jika manusia yang hidup dengan serba kekurangan pada zaman dahulu dapat mengikutnya kenapa tidak kita, contohnya solat lima waktu, pada zaman nabi dulu, sgt susah dengan pekerjaan seperti ingin menjaga lembu, kambing dsb, atau sekiranya sedang berjalan untuk menuju ke sesuatu tempat. Dulu mana ada kenderaan atau kemudahan untuk pergi mengembara namun mereka tetap menjaga solat. Semasa dalam perjalanan, mereka akan berhenti seketika, mengambil wuduk dengan air yang susah-susah diangkut atau pergi dahulu ke tempat-tempat yang mempunyai sumber air untuk mengambil wuduk dan terus solat disitu sahaja, namun mengapa sekarang, dengan segala kemudahan yang ada seperti paip-paip air, musolla-musolla, masjid-masjid yang banyak ditepi-tepi jalan, masih ada yang tidak solat!! Satu contoh yang mudah untuk difahami!! Satu lagi, jika dulu semasa berpuasa, para pedagang tetap menjalankan kerja mereka. Meredah padang pasir yang panas terik ttp masih tetap berpuasa, tetapi sekarang, naik kereta ada penghawa dingin, tak perlu berjalan di bawah terik matahari namun ada yang tidak berpuasa!! Haih manusia-manusia!! (aik tuding jari kepada orang laen nampak, diri sendiri yang empat lagi tertonyoh tu pehal!! Haha. Aku sebenarnya pun mengingatkan diri sendiri jugak lah ni ek!!)
Pasal budak tadi, awak,just be who you are, people got their own right to feel happy ok!!
ok azan subuh dah berkumandang!! Nak mandi! Chow
Rabu, 22 Mei 2013, 5:52 pagi!


« Older // Newer »
© 2013, (AlifHafiziApandi). Created by Amar Khatamy. All rights reserved.